Search This Blog

Monday, October 26, 2009

wasiat

Lukmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.
Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki. “Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai,” kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.
“Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.
“Dengar ayah,” jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya,” katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.
“Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut,” kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.
“Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.
Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.
“Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki,” kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.
Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. “Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing,” kata mereka.
“Dengarkah engkau apa yang mereka kata?” tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.
“Dengar ayah.”
“Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,”
Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. “Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!” kata mereka.
Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, “Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?”
“Ya ayah, saya dengar.”
“Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini,” kata Lukmanul Hakim
Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. “Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!”
“Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?” dia bertanya kepada anaknya lagi.
“Dengar ayah,” jawab anaknya.
Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, “Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata.”
“Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan dir sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah.”
Lukmanul Hakim pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. “Wahai anakku, janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja. Berkahwinlah selalu dan binalah rumahmu di seluruh pelosok bumi ini.”
Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada sesuatu di sebalik kata-kata itu, fikirnya. Setelah ayahnya selesai dikebumikan dia berjumpa dengan seorang teman rapat ayahnya, lalu meminta penjelasan berkenaan kata-kata wasiat ayahnya itu dengan penuh sangsi.
“Ayahmu memang benar,” kata teman ayahnya.
Dia semakin bingung dengan jawapan itu lalu bertanya,”Apakah maksud pak cik?”
“Wasiat ayahmu yang pertama bermaksud janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu lazat dan engkau akan bersyukur dengannya.”
“Berkenaan wasiat ayahmu yang kedua pula, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu semula dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan berasa seperti baru berkahwin.
Dan wasiat ketiganya, yang menyuruh engkau membina sebanyak-banyaknya rumah ialah, carilah sahabat seramai mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya.”
Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud sebenar dan kata-kata ayahnya, yang pada mulanya dianggap aneh itu. Memang luar biasa insan yang bergelar Lukmanul Hakim ini, katanya satu hikmahnya beribu.


Tuesday, September 15, 2009

di penghujung...

hola....
entry kali ni aku nak share skit pasal my pupils at school ni...kdg2 best jugak kan mengajar ni...bak kate pemantau yg dtg aritu, cikgu nie keje die ari2 cari pahala je..btul kan.keje kan satu ibadah...yg penting niat kita kerana ALLAH...
aku nak petik sabda Nabi saw yang bermaksud:
Apabila mati seseorang Anak Adam, putuslah amalanNya kecuali tiga perkara:
(1) Sedekah yang mengalir (pahalanya) yaitu wakaf,
(2) Anak yang soleh, yang mendoa’kan untuknya,
(3) Ilmu yang diambil manfaat dengannya

aku sangat teruja dengan part yang ketiga itu..memang tak dinafikan cikgu adalah satu pekejaan yang sgt murni..(yg pnting niat di hati seseorg guru itu mestilah ikhlas..kerana ALLAH)...
sebelum tu..nak tunjuk sket antara kad yg aku dpt dr budak2...

 

 
 



berbalik pada tujuan asal aku..kat sini aku nak sharekan sikit feeling di hujung2 praktikum ni...
aku rasa sgt hepi sebenarnya untuk menamatkan minggu ni..pasni aku dah bleh concentrate kat maktab je la...hurm..
im so impressed...xtaula kenapa..
mungkinkah sebab aidilfitri bakal menjelang??
atau excited nak balik kg?..or mmg aku ni dh jemu mgadap praktikum??kene buat itu ini...
tah la..yg pasti aku rasa bersyukur, at last dapat jugak aku tamatkan sesi ni dgn jayanya..lama tuu 12 minggu..
tp papepun i want to express my appreciation kat semua staf sekolah ni terutama guru2nya kerana sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama mereka spnjang aku di sini...kpada sume kanak2 yg penah menjadi kanak-kanak ku...terima kasih kerana anda semua sentiasa memberikan komitmen dan perhatian di sepanjang sesi pnp berjalan(wpun ada gak kkdg aku sgt2 tensen dgn kenakalan mereka)...
hakikatnya, aku sbnrnya masih dlm proses nak menjiwai dan menghayati kerjaya guru ni...mcm2 lg aku perlu belajar...bukan sng nak sng..mental dan emosi tu mmg kena kuat..guru ni adalah individu yg diberi tanggungjawab untuk mencurahkan ilmunya kepada sekalian anak bangsa....mmg sgt tidak patut kan kalau cikgu or guru tu sekadar makan gaji je..
sbb lecturer aku..en muaz penah bepesan..jgn jd....
cekgu pukul 1 or
cekgu 25 hb..
hah...apa tu..tu la cikgu yg jiwanya bukan cikgu.....ni cikgu2 yg xpatut jd cikgu..aku sgt berharap yg aku akan menjadi seorang guru atau cekgu yg terbaek...xdapat anugerah cemerlang pon xpe..yg penting aku dapat anugerahkan kecemerlangan untuk anak2 didikku satu masa nnt..insyaallah..pray for me guys..hehe..
 
my teaching aids...time rajin je aku buat sume2 ni

 
year 4 setia...aku ajar english class ni..

 
year 3 setia...ajar math...
lagi 1 clas 2k...gambar already posted kat previous entry..check it out yaa!
 

Wednesday, September 9, 2009

mintak la keje sini.....

hurm..actually xde entry menarik yang nak di share kan arini....cuma nak mengesharekan psaan aku di kala ujung-ujung praktikum ni...sesungguhnya aku amat-amatlah excited untuk menamatkan sesi 12 minggu ni..dah lame aku ternanti2kan detik tu..(next week laaa.. the week b4 hari raya)
kalu di fikir2kan mmgla aku rasa agak berat hati nak tinggalkan sekolah ni..i'v learned so many things here..how to be a good teacher, classroom control..how to make an interesting lesson..and byk lagilah..
kalu dulu, mase kat maktab n blum di antar untuk praktikum, aku terfikir gak cemana la aku nak mengajar... ada bakatke?? 
tp alhamdulillah..perjalanan ni dah hampir ke penghujungya..mmg aku xleh nafikan yg first 3 weeks tu aku rasa worse sgt...kdg2 aku rasa apa yg aku merepek dalam class ni...bla bla bla...
mesti  budak2 busan je kannn...n kdg2 aku rasa down sgt2 after abes class..sume nye sbb aku rasakan aku terlalu2 lah worse..rasa cm xder bakat langsung nak tarik perhatian budak2 nih..nak ngajar lagi...besar tanggungjawab tu...dh le dlm BI...aku lak kene pk kan the simplest english for primary level...xsenang gak...kdg2 berjela aku speaking london budak2 nganga je...
membe2 aku ckp cikgu SS...syok sendiri arrrr..muahaha..
siap ada budak ckp...cikgu...ckp dalam BM laaa..kami xpaham!!
haaa????tesengih je la aku..budak2 ni dah biasa di bilingual kan..tu yg payah dapat cikgu praktikal...dah name pon praktikal kan..tau nak praktik je la ape yg di blajakan di maktab nun..

tp kan..lepas lame2 aku refleksi diri sendiri, then aku sedar that is not too late untuk aku kumpul semangat balik...nak improve my teaching skills..kalu dulu, b4 aku apply kpli ni, semuanya sbb mak suruh...n aku rasa xsusah pon nak ngajar kan....masuk clas..bla bla bla..abes mase kuar la..dah la ajar mate..lagi la senang...kehkeh

...sblum tu, nak share ka ayat ni aku terbace kat kedai makan beberape bulan lepas n aku sempat copy masuk hardisk kat pale aku nih...
do not pray for easy lives, pray for stronger..
do not pray for task equal to ur power...pray for power equal to ur task...

hurm....ble dah get into this bidang, baru aku tau..payah sbnrnya nak ngajar..nak tarik perhatian budak2..and nak pikirkan ape aktiviti untuk setiap sesi...dari situ aku sedar sebenarnya minat nak ngjar ni xleh dipaksa...xleh disuruh2...yg penting effort kita sendiri n minat itu mesti dari ati kan...ikhlassss...tu yg paling penting..kita bagi ilmu kat pelajar, niat yg paling penting kan...

alhamdulillah, tatkala tempoh praktikum hampir ke penghujungya, aku dapat rasakan budak2 ni mmg sukakan kat aku(hehe ayat angkat bakul)...tp betul..no joke, ni aku nak petik sikit perbualan aku dgn budak tahun 2 yg aku ajar:


teacher S: class, bulan ni adalah bulan last teacher kat sini. and pasni cikgu R akan ambil alih balik class mase ni

murid 1 : ye ke teacher?

teacher S : yup

murid ramai2 : ala......xbestla...

teacher S : nape?

murid 1 : teacher pegi mane lepas ni?

teacher S : teacher balik ke institut

murid 1 : teacher sambung belajar ke?

teacher S: ye

murid 2 : kalau lepas raye pon teacher xdatang sini lagi ke?

teacher S : ye...teacher dah abes kat sini

murid 1 : sampai bile2 pon teacher xdtg sini dah?

teacher S : xdah..teacher akan balik ke institut n xdtg sini lagi..teacher dah abes praktikal kat sini (dlm ati - byk soal tul la budak2 ni)...

murid 2 : xbestla teacher...

murid 1 : teacher lepas abes blaja nnt mintak keje kat sini laaaa....

teacher S pun tersengih...sukesuki je budak2 ni suh aku mintak keje sini..nak isi borang posting pon runsing nak di post kemana...kalau la blh mintak keje cam budak2 tu ckpkan senang...muahaha....

oleh itu kawan2 dapatlah disimpulkan kat sini mmg mereka sygkan teacher S..kehkeh...
ni blom aku paste kan perbualan ngn budak class lagi 1..hehe

ni budak2 2K tu..awal2 dulu nakal sgt2...tp skang dh xnakal...


Tuesday, September 1, 2009

semester break...

cuti skolah baru je lepas kan kan...ikutkan cekgu cekgi suma bercuti la kan...tp aku ada keja part time gak..especially bila aku balik kg....keje ape??...apo laie..supir mami aku ler..gi ikut mak antar barang..tp aku sbg driver la...keje part time yg menjadi rutin sejak aku dapat lesen keto...huhu...mmg letih jugak..sepanjang ari drive, dr pagi sampai petang..tp aku enjoy jer...dpt gak la berbakti kat mami..kalu di pk kan mmg busan duk umah..cuti pny la lame kan..oleh hal demikian itu, pantang mak nak kuar mesti aku nyibuk nak ikut..jd driver pon xpe..aku suka..sbb kalu jd passenger, kebarangkalian aku untuk pening2 n mabuk jalanan itu sungguh tinggi..muahaha..bisnes mami aku mmg bes la...xramai org buat..jarang di dengar..tp xleh ar promote kat cini..mak xsuka publisiti..huhu
sebelum mengakhiri ceritera aku kali ni nak gak aku show off kan gambar yg sempat di snap masa ikut mak antar brg cuti aritu..aku gi sampai ke tanjung dawai dekat ngn sg petani nun..masa kat situ teringatla plak lagu cinta pantai merdeka kan...

"kuuikir namamu di awan gunung jerai...disaksikan laut daun nyiur melambai..jauh pandangan permai, di situ tanjung dawai...terkenang pristiwa cinta kita terurai..oh indahnya...peristiwa...cinta kita di pantai merdeka..."




xnampak sgtla kan laut tu..dkt2 pantai merdeka la ni..
tempat persinggahan aku n mak..hehe..alang2dh smpai...membeli2 dulu..mak mmg suke soping bhn2 mentah untuk dimasak..buat stok la kan..
ni mmg febret aku..ikan bilis..tp nak demand..gred A je..nampak bilis je tebayang sambal dah..huhu
ikan talang yg mane lagi besar ye...hurm..mak duk pilih ikan talang kering..ikan talang kering tu sedap wat kari..campur nenas ke..terung ke...nyum nyum..
ngeh3...saje expose sang lily aku..sejak dibeli 2 tahun yg lalu, aku letak nama dia lily..ala2 cm mnja2 la kan..huhu
ni salah satu regular customer mak..actually mak n ayah..tp ayah xsihat, so mak le yg run bisnes ni...mak mmg besemangat..

hari yang kurang bersemangat...

hurm...arini first day skul after 1 week break..and first day jugak mengajar di bulan ramadhan ni...masuk 3S td tgok muke budak2 yg puasa sume lemah je...kesian kan...tp bagus...kecik2 dah blaja puasa...so sbg seorang guru yg prihatin makanya aku hny buat aktiviti pnp yg ringan sahaja...hehe...baguskan guru seperti saya ini..kehkeh..esok lak ada observation untuk subjek major....english ler...hurm....cam blur jugak la nak buat pe...tp aku akan try my best..im trying to be a good teacher..mmm...letih la arini..oleh hal yg demikian itu...saya mahu...zzzZZzzzz...

Sunday, August 30, 2009

selamat berblog untuk diri sendiri...

hurm..sbnrnye dh lame aku duk becita2 nak berblog ni..tp memandangkan kekangan2 yg xdpt dielakkan, maka aku selalu menangguhkan niat suci murni ku itu...
oleh sbb itu, di kesempatan ini aku pon telah mencuri masa ku yg sgt padat untuk mengarang blog ni...huhu..
kepade kawan2 ku..sile2 la lawat blog yg bakal aku post kan selepasss ini...watch out!!
heheh...